2015年3月11日星期三

Tan Sri Syed Mokhtar Shah Bin Syed Nor Al-Bukhary





Tan Sri Syed Mokhtar Shah Bin Syed Nor Al-Bukhary

Tan Sri Syed Mokhtar merupakan salah seorang ahli perniagaan dan jutawan Melayu yang terkaya di Malaysia.Beliau merupakan pengerusi Yayasan Albukhary dan juga terlibat dalam banyak industri seperti perladangan,pembinaan,infrastruktur dan pelabuhan.Beliau juga aktif dalam kerja amal dan kebajikan.

Latar Belakang Tan Sri Syed Mokhtar Shah Bin Syed Nor Al-Bukhary

Tan Sri Syed Mohktar dilahirkan di Alor Setar,Kedah pada tahun 1951.Bapa beliau Syed Nor AlBukhary manakala ibu beliau Sharifah Rokiah Syed Mohamed Rohamat berasal dari Hadharamaut,Yemen.Tan Sri Syed Mokhtar mempunyai 7 orang adik-beradik dan beliau merupakan anak ketiga dalam keluarga.

Semasa 9 tahun,Tan Sri Syed Mohktar dihantar tinggal bersama bapa saudara beliau di Johor Bahru ,selepas itu beliau kembali ke Kedah dan bersekolah di Sekolah Saint Michael’s.Disebabkan ketidakmampuan untuk membayar yuran peperiksaan,beliau tidak menduduki Peperiksaan SPM.

Bagaimana Tan Sri Syed Mokhtar Shah Bin Syed Nor Al-Bukhary Memulakan dan Membangunkan Perniagaan Beliau?

Disebabkan kemiskinan,Tan Sri Syed Mokhtar membantu ibu beliau menanam sayur-sayuran untuk menampung kos kehidupan.Beliau juga menjual roti canai dan membantu bapa beliau untuk menernak lembu dan kerbau,namun disebabkan masalah wabak kaki dan mulut ,beliau terpaksa meninggalkan bidang ternakan dan memulakan perniagaan sebagai pengusaha daging dan kerbau pada tahun1970.

Pada tahun 1972,Tan Sri Syed Mokhtar mendapat permit bagi 4 buah lori kelas A dan telah meminjam RM110,000 dari MARA untuk membeli 2 buah lori Mercedes.Selepas itu,beliau telah membuka Syarikat Pengangkutan Sentosa dan lori-lori tersebut digunakan untuk melakukan perniagaan beras.

Pada tahun 1974,Tan Sri Syed Mokhtar telah membel rumah kedai pertama di bawah perjanjian sewa beli dengan UDA.Pada tahun 1975 pula,beliau telah menubuhkan Syarikat Syah dan memohon lesen perdagangan beras daripada LPN yang kini dikenali sebagai BERNAS.Beliau telah berjaya mendapat kontrak yang membekalkan beras kepada FELDA,MARA SENAMA,PERNAS EDAR dan SERAGAM SDN BHD.

Selepas itu,Tan Sri Syed Mokhtar turut menubuhkan syarikat usahasama dengan 2 orang peniaga Cina dan dinamakan Bukhary Sdn Bhd.Syarikat tersebut bertujuan untuk memulakan perniagaan gula dan telah mencecah keuntungan sebanyak RM250 juta.

Pada tahun 1977,Bukhary (KL)`Sdn Bhd diberikan kontrak bagi membekalkan beras,teh,tepung coklat,tepung susu dan minyak sapi kepada kerajaan.Hal ini sekali lagi menolak Bukhary Sdn Bhd ke tahap yang lebih tinggi.
Seterusnya,Tan Sri Syed Mokhtar juga terlibat dalam bidang pengilangan kasut dan pakaian,pelabuhan,lebuh raya dan sebagainya.

Kenapa Memilih Tan Sri Syed Mokhtar Shah Bin Syed Nor Al-Bukhary?

Walaupun berasal dari keluarga yang miskin,Tan Sri Syed Mokhtar tidak berputus asa terhadap kehidupan beliau.beliau berusaha untuk membina perniagaan sendiri dan akhirnya beliau berjaya.Hal ini selaras dengan ciri-ciri yang patut dimiliki oleh seorang usahawan,iaiitu gigih,tekun dan tidak mudah berputus asa.

Selepas Tan Sri Syed Mokhtar berjaya,beliau  juga aktif dalam melibatkan diri dalam kerja amal dan kebajikan.Beliau telah mengasaskan Yayasan(Islam) Al Bukhary pada tahun 1996 untuk membina dan mengurus Muzium Kesenian Islam yang bernilai RM70juta di Kuala Lumpur.Beliau juga telah menjalankan pelbagai kerja amal dan kebajikan di sekitar Perak dan Kedah.Hal ini dapat membuktikan bahawa Tan Sri Syed Mokhtar merupakan seorang usahwan yang murah hati.Walaupun beliau telah berjaya,tetapi beliau tetap merendah diri dan tidak pernah lupa untuk menolong golongan yang memerlukan bantuan.


Rencana yang Berkisar dengan Latar Belakang Tan Sri Syed Mokhtar Shah Bin Syed Nor Al-Bukhary.



没有评论:

发表评论