2015年3月11日星期三


Rozita Binti Ibrahim

Rozita Binti Ibrahim merupakan pengasas Sendayu Tinggi.Beliau juga merupakan Pengarah Urusan Sendayu Tinggi Holdings Sdn Bhd dan Jamu Ratu Malaya Sdn Bhd.

Latar Belakang Rozita Binti Ibrahim

Puan Rozita Ibrahim dilahirkan di Sungai Besar Selangor.Beliau merupakan anak sulung dalam keluarga dan mempunyai 6 orang adik-beradik.Disebabkan berkahwin awal,beliau pernah mengharungi kehidupan yang susah dan akhirnya beliau berpisah dengan suami pertama beliau.Keputusan perpisahan tersebut telah menyebabkan keluarga Puan Rozita Ibrahim tidak memahami beliau,dan beliau memutus untuk meninggalkan kampung halaman beliau dan berjuang di kota besar.

Puan Rozita pernah mencuba berbagai-bagai jenis pekerjaan seperti pekerja kilang,penyambut tetamu,eksekutif promosi dan pemasaran sehingga perniagaan jualan langsung.

Bagaimana Rozita Binti Ibrahim Memulakan dan Membangunkan Perniagaan?

Disebabkan Puan Rozita Ibrahim pernah mengharungi kehidupan yang susah,beliau telah membuat keputusan untuk menjalankan perniagaan sendiri.Keputusan tersebut dibuat bukan sahaja demi diri sendiri beliau,malah beliau inginkan anak-anak beliau dapat mendapat kehidupan yang baik.Oleh itu,dengan hanya modal RM400,beliau memulakan perniagaan Sendayu Tinggi dengan menjadikan herba sebagai sandaran.

Demi meyakinkan pelanggan,Puan Rozita Ibrahim telah menjadikan diri beliau sebagai testimoni,beliau telah menggemukkan diri beliau dan melangsingkan semula tubuh badan dengan makan produk beliau itu sendiri.Beliau telah menjalankan eksperimen terhadap diri beliau sebanyak 3 kali.

Pada mulanya,Puan Rozita menjual produk dari rumah ke rumah,disebabkan kesan-kesan eksperimen yang boleh dilihat,produk beliau semakin hari semakin mendapat sambutan hangat daripada pelanggan beliau.Hal ini menggalakkan beliau menubuhkan syarikat sendiri,iaitu Sendayu Tinggi pada tahun 2000.

Kini,Sendayu Tinggi telah mempunyai 9 buah anak syarikatdan juga kilang pemprosesan herba bagi produk tradisional iaitu Sendayu Tinggi Manufacturing (M)Sdn Bhd.Jumlah pengedar juga melebihi 2000 orang di seluruh Malaysia,Brunei,Singapura,Jepun,China,Taiwan dan Korea.Disebabkan kegigihan beliau juga,beliau telah dianugerahkan Usahawan Wanita 2005 oleh Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM).

Mengapa Memilih Rozita Binti Ibrahim?

Puan Rozita Ibrahim merupakan seorang usahawan yang gigih dan tidak mudah berputus asa.Walaupun beliau mengharungi kehidupan yang susah,beliau tetap berusaha untuk membina kejayaan sendiri supaya anak-anak beliau tidak akan menjalani kehidupan yang susah.


Di samping itu,Puan Rozita Ibrahim tetap menghadapi cabaran walaupun beliau telah mengalami perpisahan dengan suami pertama beliau.Beliau telah mencuba pelbagai pekerjaan untuk menampung kos kehidupan anak-anak beliau.Puan Rozita Ibrahim juga seorang usahawan yang berani mengambil risiko.Beliau telah menjadikan diri beliau sebagai alat eksperimen dengan menggemukkan diri demi meyakinkan pelanggan.

Rencana yang Berkisar dengan Latar Belakang Rozita Binti Ibrahim


没有评论:

发表评论