2015年3月11日星期三

Tony Fernandes

Tan Sri Anthony Francis Fernandes CBE



Tan Sri Anthony Francis Fernandes CBE merupakan salah seorang usahawan yang berjaya di Malaysia.Beliau merupkan pengasas Tune Air Sdn Bhd yang memperkenalkan syarikat penerbangan tambang murah di Asia.

Latar Belakang Tan Sri Anthony Francis Fernandes CBE.

Tony Fernandes dilahirkan pada 30 Aprl 1964 di Kuala Lumpur.Bapa beliau,Dr Stephen Edward Fernandes merupakan seorang doktor manakala ibu beliau merupakan seorang peniaga Tupperware.
Pada umur 13 tahun,Tony Fernandes menerima pendidikan awal di Epsom College,United Kingdom dari tahun 1977 hingga tahun 1983.Selepas itu,beliau menuntut pengajian ijazah beliau di London School Of Economics dan menamat pengajian beliau pada tahun 1983.

Selepas tamat pengajian,beliau telah bekerja sebentar dengan Virgin Airlines sebagai juruaudit.Dari tahun 1987 hingga 1989,beliau bekerja sebagai pengawal kewangan Virgin Records,Syarikat Richard Branson di London.Tony Fernandes telah kembali ke Malaysia semasa beliau 27 tahun dan beliau memegang jawatan sebagai pengarah urusan yang paling muda di Warner Music Sdn Bhd.Pada tahun 1992 hingga 2001,beliau telah menjawat sebagai naib presiden wilayah Asia Tenggara Selatan bagi Kumpulan Warner Music.

Bagaimana Tan Sri Anthony Francis Fernandes Memulakan Perniagaan dan Membangunkan Perniagaan Beliau?

Pada tahun 2001,Tony Fernandes telah meninggalkan Kumpulan Warner Music demi mengejar impian beliau.Beliau telah meluahkan hasrat beliau untuk memulakan syarikat penerbangan tamang murah kepada sahabat beliau,iaitu Datuk Kamarudin Meranum yang merupakan kakitangan sebuah bank pelaburan.Datuk Kamarudin bersetuju dengan fikiran Tony Fernandes dan mereka berputus untuk bekerjasama.Mereka turut menjemput seorang lagi kawan mereka untuk meyertainya.

Seterusnya,Tony Fernandes telah memohon lesen syarikat penerbangan dengan pihak kerajaan Malaysia,namun permohonan tersebut ditolak.Walaupun demikian,Tony Fernandes tidak berputus asa,beliau telah bertemu dengan Tun Mahathir melalui Datuk Pahamin A.Rajah(bekas Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna).Tony Fernandes telah menyampaikan konsep perniagaan beliau kepada Tun Mahathir.Tun Mahathir telah menasihati Tony Fernandes untuk mengambil alih mana-mana syarikat penerbangan yang sedia ada kerana lesen syarikat penerbangan tidak lagi dikeluarkan.

Tony Fernandes telah menerima nasihat Tun Mahathir untuk mengambil alih Air Asia yang menghadapi masalah kewangan yang besar dengan harga RM1.Selepas itu,beliau telah membuat penyusunan semula organisasi Air Asia dengan imej dan konsep yang baru.Beliau juga melaksanakan sistem pengurusan kos yang efektif,iaitu strategi menurunkan kos permulaan perniagaan.Sebagai contoh,beliau telah mengurangkan kos operasi dan kos harian dengan membeli kapal terbang terpakai dan mengurangkan kos kapal mendarat.

Tony Fernandes telah mengambil langkah yang bijak dalam mengupah pekerja beliau.Hal ini dapat dilihat melalui beliau telah menawarkan pekerjaan kepada juruterbang yang dipecat akibat Peristiwa 11 September 2001.Tindakan ini membolehkan Air Asia mengurangkan kos penggajian juruterbang.Selain itu,Tony Fernandes juga telah mengurangkan kos penjualan tiket dengan menawarkan cara penjualan tiket melalui Internet secara atas talian.Strategi ini bukan sahaja dapat mengurangkan kos untuk membuka kaunter penjualan tiket,malah ia juga memudahkan orang ramai untuk membeli tiket penerbangan.

Akhirnya,Tony Fernandes berjaya melangsaikan hutang Air Asia sebanyak RM40 juta dalam masa 1 tahun.

Kenapa Memilih Tan Sri Anthony Francis Fernandes?

Melalui proses pembangunan Air Asia,kita dapat melihat bagaimana Tony Fernandes menyelesaikan masalah hutang Air Asia yang sebanyak RM40 juta dan cara beliau menolak Air Asia ke tahap yang lebih tinggi.

Di samping itu,kunci kejayaan Air Asia iaitu keistimewaan budaya dan kaedah pengurusan telah menarik perhatian dan memberi model pengajaran kepada orang ramai.Tony Fernandes telah berusaha untuk membina persekitaran kerja yang baik di mana semua ahli Air Asia(juga dikenali sebagai AllStar) dapat belajar dan mencapai impian mereka.Hal ini telah menyebabkan beliau dikagumi oleh semua ahli Air Asia dan sanggup berganding bahu bersama beliau.

Tony Fernandes juga mempunyai kesediaan untuk mengambil risiko yang boleh dikira.Hal ini dapat dilihat melalui tindakan beliau mengupah juruterbang yang dipecat .Walaupun perbuatan beliau ini tidak dipersetujui oleh orang ramai, dan Air Asia diramal tidak akan berjaya disebabkan Peristiwa 11September 2001,namun Tony Fernandes bertegas untuk berbuat demikian dan akhirnya beliau berjaya.

Selain itu,Tony Fernandes juga cekap dalam melihat dan mencari peluang.Hal ini kerana kebanyakan orang berpendapat bahawa hanya golongan berpendapatan tinggi sahaja yang dapat menikmati perkhidmatan kapal terbang,tetapi Tony Fernandes melihat perkara ini sebagai satu peluang,dan beliau menubuhkan perniagaan bajet syarikat penerbangan yang tidak pernah dilakukan oleh orang lain.Tony Fernandes bukan sahaja telah merealisasikan impian beliau.malah juga telah merealisasikan slogan’’setiap orang boleh terbang’’.


Rencana yang Berkisar dengan Latar Belakang Tan Sri Anthony Francis Fernandes





没有评论:

发表评论