2015年3月12日星期四

FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN USAHAWAN DALAM PERNIAGAAN

Bidang keusahawanan telah lama wujud sebagai satu pilihan kerjaya dan telah menjadi keutamaan dalam pelbagai dasar kerajaan. Pengiktirafan dan penekanan serius pihak kerajaan terhadap program pendidikan dan latihan keusahawanan bermula selepas tahun 1995 iaitu sejajar dengan penubuhan Kementerian Pembangunan Usahawan (KPU) yang bertujuan membangunkan minat keusahawanan dalam kalangan pelajar sekolah, universiti dan masyarakat keseluruhan (Bukryman et al., 2008).
Wim Naude (2010) menganggap usahawan sebagai golongan pengusaha dan peniaga yang sanggup menanggung risiko, sentiasa berusaha untuk melakukan inovasi dan bijak serta kreatif dalam mendapatkan cara meningkatkan kekayaan, kekuasaan dan status sosial.
Faktor Penglibatan Usahawan dalam Perniagaan
Berdasarkan hasil kajian, faktor yang paling kuat menyumbang penglibatan dalam bidang perniagaan ialah keinginan mencapai kebebasan dan kepuasan, disusuli faktor-faktor lain seperti membantu menyara keluarga, inginkan kekayaan, bercita-menjadi usahawan, ingin berdikari, tidak suka bekerja makan gaji, minat menyertai perniagaan, mendapat peluang untuk berniaga, sanggup menghadapi risiko, ingin menceburi usaha teroka baru, rangsangan daripada kejayaan pihak lain, dorongan ahli keluarga, memulakan perniagaan berdasarkan pengalaman dan desakan hidup
Secara ringkasnya, penglibatan responden sebagai usahawan dilihat lebih dipengaruhi oleh motivasi dan keinginan diri sendiri berbanding faktor tekanan, desakan hidup atau paksaan pihak lain.
Faktor-faktor Penentu Kejayaan Usahawan dan Perhubungannya dengan Tahap Keuntungan Usahawan
Berdasarkan hasil dapatan, dapat dirumuskan bahawa kejayaan seseorang usahawan memperoleh keuntungan perniagaan bukan hanya ditentukan oleh faktor-faktor lazim seperti saiz modal yang dimiliki, faktor keadaan ekonomi dan saiz perniagaan (pekerja yang ramai) sahaja tetapi lebih dipengaruhi oleh faktor usia semasa memulakan perniagaan, cara pengurusan rekod dan kawalan kewangan, kemahiran perancangan, kemahiran pemasaran dan tahap pendidikan usahawan itu sendiri.
Kejayaan perniagaan pada usia muda dalam kalangan responden yang dikaji boleh dikaitkan dengan pelbagai faktor seperti tingkat kreativiti dan inovasi pengusaha yang lebih baik, tingkat pendidikan generasi muda yang lebih tinggi dan moden, kekuatan fizikal dan daya saing serta cara berfikir yang berorientasikan masa depan.
Menurut Lussier (1995), faktor-faktor yang kritikal kepada kejayaan usahawan ialah faktor-faktor yang berkorelasi positif dengan purata tahap keuntungan dan tahap keuntungan yang diperoleh usahawan. Berdasarkan dapatan yang diperoleh, hanya terdapat empat faktor yang boleh dianggap kritikal kepada kejayaan usahawan iaitu kemahiran perancangan, keadaan ekonomi, pengalaman industry, dan pengalaman pengurusan.
Berdasarkan penemuan ini, kajian menyarankan supaya para usahawan yang terlibat dalam jenis-jenis sektor perniagaan yang dikaji dapat membina keupayaan dalam perkara tersebut supaya berupaya memperoleh keuntungan perniagaan yang lebih baik. Kajian ini turut menyarankan agar program pembangunan usahawan yang dijalankan oleh agensi kerajaan dan swasta memberi fokus kepada empat faktor kritikal kejayaan berkenaan selain memberi tumpuan ke atas faktor-faktor kejayaan yang lain.



Ulasan Artikel:
Berdasarkan artikel,kejayaan seseorang usahawan memperoleh keuntungan bukan sahaja bergantung kepada saiz modal,faktor keadaan ekonomi,saiz perniagaan,tetapi lebih ditentukan oleh usia semasa memulakan perniagaan,kemahiran perancangan,kemahiran pemasaran dan tahap pendidikan seseorang usahawan.
Tahap pemikiran seseorang individu akan berubah dari masa ke masa,hal ini disebabkan tahap kematangan yang berbeza pada tahap umur yang berbeza.Sebagai contoh,seseorang individu yang berumur 30 sentiasa berfikiran rasional berbanding dengan seseorang individu yang berumur 20.Oleh itu,faktor umur boleh membawa kesan kepada kejayaan usahawan disebabkan tahap pemikiran yang berbeza.
Selain itu,kemahiran seseorang usahawan sentiasa memberi kesan kepada perniagaan.Usahawan yang cekap dalam membuat perancangan akan mendapat rezeki yang lebih banyak berbanding dengan usahawan yang mungkin tidak begitu cekap dalam membuat perancangan.
Tahap pendidikan juga menjadi faktor penting dalam kejayaan perniagaan.Sebagai contoh,seseorang usahawan yang merupakan mahasiswa universiti pengurusan memperoleh lebih banyak pendedahan ilmu dari segi pengurusan perniagaan,kemahiran berkomunikasi dan kemahiran membuat perancangan.Hal ini menyebabkan usahawan tersebut lebih mahir dalam mengurus perniagaan dan berfikiran cekap dalam membuat perancangan.Namun,kita tidak boleh menbuat kesimpulab bahawa usahawan yang tidak merupakan mahasiswa tidak akan berjaya dalam perniagaan. 

Kesimpulannya,faktor umur,kemahiran usahawan dan tahap pendidikan juga penting untuk mencapai kejayaan dalam perniagaan.

没有评论:

发表评论