Definisi
:Usahawan dan Usahawan Korporat
Usahawan boleh
didefiniskan sebagai individu yang memulakan dan menjalankan perniagaan sendiri
dan cuba mengembangkan perniagaan mereka sehingga dapat memberi faedah kepada masyarakat dan negara.Seseorang usahawan sentiasa mempunyai
personaliti sendiri,mereka berani mengejar impian mereka dengan mengambil
risiko yang boleh dikira.Selain itu,mereka mempunyai ciri-ciri keusahawanan
yang mungkin tidak dipunyai oleh orang lain.Ciri-ciri keusahawanan termasuklah
berani mengambil risiko yang dapat dikira,mempunyai keazaman dan ketabahan yang
tinggi,inisiatif dan bertanggungjawab,mempunyai keyakinan yang tinggi kerana
mereka mengetahui dan memahami perniagaan yang dijalankan,benar dan
jujur,sentiasa menitikberatkan kualiti atau prestasi kerja,mempunyai tahap
kerja yang tinggi untuk mencapai matlamat,berorientasikan kepada visi dan
misi,mempunyai keupayaan dalam membuat keputusan dan berkemampuan untuk mempengaruhi
orang lain untuk mempunyai hala tuju yang sama dengannya,tapi bukan menggunakan
paksaan.
Manakala usahawan
korporat atau dikenali sebagai intrapreneurship merupakan individu yang memberi
idea kreatif dan inovatif,melaksanakan idea-idea tersebut untuk kepentingan
organisasi di mana dia bekerja.Seseorang usahwan korporat selalunya
mempunyai ciri-ciri keusahawanan yang dimiliki oleh usahawan,namun mempunyai
kesanggupan untuk bekerja di organisasi orang lain dan bukan menjalankan
perniagaan sendiri.Mereka sering menjadi individu yang cemerlang yang boleh
meningkatkan kecekapan dan keberkesanan organisasi di dalam sesebuah
organisasi,contohnya Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Ketua Pegawai Operasi
(COO).Usahawan korporat ini berkemampuan untuk melonjakkan semula dan
membolehkan sesebuah organisasi untuk memperoleh kemahiran dan nilai inovasi
yang tinggi.Selain itu,mereka juga bertanggungjawab untuk membuta usaha baru
dan mengubah organisasi melalui strategi-strategi yang dibina.
Perbezaan
Usahawan dan Usahawan Korporat daripada Pelbagai Aspek.
Usahawan
|
Aspek-aspek
|
Usahawan Korporat
|
-Untuk mencapai matlamat
sendiri melalui memulakan perniagaan sendiri,mencari peluang,mengeluarkan
produk atau servis yang memenuhi permintaan masyarakat dan seterusnya
menjanakan keuntungan.
|
Motif
|
-Untuk memenuhi pencapaian
sendiri melalui kebebasan dan mencari peluang dalam
organisasi,berorientasikan pencapaian dan didorongkan oleh kuasa dan ganjaran
yang diberikan.
|
-5 hingga 10 tahun.
-Tujuan jangka masa yang
panjang adalah untuk mengembangkan perniagaan .
|
Orientasi masa
|
-3 hingga 15 tahun.
Tujuan jangka masa yang
panjang adalah berdasarkan pelan dan jadual organisasi.
|
-Mempunyai kemahiran untuk
mengembangkan dan menguruskan perniagaan.
-Mempunyai kemahiran teknikal
juga jika operasi organisasi memerlukan kemahiran teknikal tertentu.
|
Kemahiran
|
-Mempunyai kemahiran yang
khusus dalam bidang tertentu.
-Selalunya mempunyai
kelayakan pelajaran yang tinggi.
|
-Mempunyai ciri-ciri
keusahawanan yang mendorong dia untuk memulakan dan mengembangkan perniagaan
|
Nilai-nilai
|
-Mempunyai ciri-ciri
keusahawanan,tetapi sanggup untuk bertolak ansur terhadap peraruran dan
sistem organisasi.
|
-Dapat mengambil risiko
yang boleh dikira dan mengharapkan keuntungan atau pulangan yang besar.
|
Orientasi risiko
|
-Mampu mengambil kira
risiko yang boleh dikira untuk mendapatkan hasil yang baik bagi organisasi.
-Tidak takut untuk dipecat
oleh majikan.
|
-Lebih suka terlibat dalam
setiap aktiviti dan operasi dalam organisasinya
|
Kecenderungan untuk
bertindak
|
-Terlibat dalam setiap
aspek aktiviti dan operasi dalam organisasi.
-Delegasikan atau
mengagihkan pekerjaan kepada kakitangan bawahannya untuk mendapatkan hasil
kerja yang baik.
|
-Memberi tumpuan kepada
pelan organisasi,perkembangan organisasi,permintaan pasaran dan perubahan teknologi.
|
Fokus utama
|
-Memberi tumpuan kepada
operasi dalaman dan luaran organisasi berdasarkan pelan atau strategi yang
ditetapkan.
|
Mitos-mitos
Usahawan dan Usahawan Korporat.
Usahawan
|
Usahawan Korporat
|
(a) Usahawan adalah
pelaksana bukan pemikir.
(b) Usahawan adalah
dilahirkan ,bukannya dibentuk.
(c) Usahawan adalah
seorang pencipta.
(d) Usahawa adalah
golongan yang tercicir dalam akademik dan masyarakat.
(e) Usahawan mestilah
mempunyai semua ciri- ciri keusahawanadan
profil tertentu.
(f)
Apa yang diinginkan oleh usahawan
adalah wang.
(g) Nasib atau tuah itu
amat diperlukan oleh seseorang usahawan.
(h) Kejahilan adalah
kelebihan usahawan.
(i)
Usahawan mengalami kadar kegagalan yang tinggi.
(j)
Usahawan adalah penjudi,kerana
mengambil risiko yang melampau.
|
(a) Motif
utama usahawan korporat adalah kekayaan,iaitu wang.
(b) Usahawan
korporat adalah penjudi .
(c) Kelemahan usahawan
korporat adalah kemampuan analisis.Meraka tidak peka dalam membuat analisis.
(d) Tidak beretika dan
bermorak kerana mereka mempunyai keinginan yang kuat terhadap kekayaan dan
kekuasaan.
(e) Usahawan mempunyai
sikap yang haus kekuasaan.
|
Kesimpulannya,usahawan
dan usahawan korporat adalah individu yang berlainan dalam organisasi dan
kedua-dua karakter ini juga mempunyai tanggungjawab yang berbeza dalam
perniagaan.