2015年3月30日星期一

Perbezaan antara Usahawan dan Usahawan Korporat

Definisi :Usahawan dan Usahawan Korporat

Usahawan boleh didefiniskan sebagai individu yang memulakan dan menjalankan perniagaan sendiri dan cuba mengembangkan perniagaan mereka sehingga dapat memberi  faedah kepada masyarakat dan negara.Seseorang usahawan sentiasa mempunyai personaliti sendiri,mereka berani mengejar impian mereka dengan mengambil risiko yang boleh dikira.Selain itu,mereka mempunyai ciri-ciri keusahawanan yang mungkin tidak dipunyai oleh orang lain.Ciri-ciri keusahawanan termasuklah berani mengambil risiko yang dapat dikira,mempunyai keazaman dan ketabahan yang tinggi,inisiatif dan bertanggungjawab,mempunyai keyakinan yang tinggi kerana mereka mengetahui dan memahami perniagaan yang dijalankan,benar dan jujur,sentiasa menitikberatkan kualiti atau prestasi kerja,mempunyai tahap kerja yang tinggi untuk mencapai matlamat,berorientasikan kepada visi dan misi,mempunyai keupayaan dalam membuat keputusan dan berkemampuan untuk mempengaruhi orang lain untuk mempunyai hala tuju yang sama dengannya,tapi bukan menggunakan paksaan.

Manakala usahawan korporat atau dikenali sebagai intrapreneurship merupakan individu yang memberi idea kreatif dan inovatif,melaksanakan idea-idea tersebut untuk kepentingan organisasi di mana dia bekerja.Seseorang usahwan korporat selalunya mempunyai ciri-ciri keusahawanan yang dimiliki oleh usahawan,namun mempunyai kesanggupan untuk bekerja di organisasi orang lain dan bukan menjalankan perniagaan sendiri.Mereka sering menjadi individu yang cemerlang yang boleh meningkatkan kecekapan dan keberkesanan organisasi di dalam sesebuah organisasi,contohnya Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Ketua Pegawai Operasi (COO).Usahawan korporat ini berkemampuan untuk melonjakkan semula dan membolehkan sesebuah organisasi untuk memperoleh kemahiran dan nilai inovasi yang tinggi.Selain itu,mereka juga bertanggungjawab untuk membuta usaha baru dan mengubah organisasi melalui strategi-strategi yang dibina.


Perbezaan Usahawan dan Usahawan Korporat daripada Pelbagai Aspek.

Usahawan
Aspek-aspek
Usahawan Korporat
-Untuk mencapai matlamat sendiri melalui memulakan perniagaan sendiri,mencari peluang,mengeluarkan produk atau servis yang memenuhi permintaan masyarakat dan seterusnya menjanakan keuntungan.
      Motif
-Untuk memenuhi pencapaian sendiri melalui kebebasan dan mencari peluang dalam organisasi,berorientasikan pencapaian dan didorongkan oleh kuasa dan ganjaran yang diberikan.
-5 hingga 10 tahun.
-Tujuan jangka masa yang panjang adalah untuk mengembangkan perniagaan .
Orientasi masa
-3 hingga 15 tahun.
Tujuan jangka masa yang panjang adalah berdasarkan pelan dan jadual organisasi.
-Mempunyai kemahiran untuk mengembangkan dan menguruskan perniagaan.
-Mempunyai kemahiran teknikal juga jika operasi organisasi memerlukan kemahiran teknikal tertentu.
Kemahiran
-Mempunyai kemahiran yang khusus dalam bidang tertentu.
-Selalunya mempunyai kelayakan pelajaran yang tinggi.
-Mempunyai ciri-ciri keusahawanan yang mendorong dia untuk memulakan dan mengembangkan perniagaan
Nilai-nilai
-Mempunyai ciri-ciri keusahawanan,tetapi sanggup untuk bertolak ansur terhadap peraruran dan sistem organisasi.
-Dapat mengambil risiko yang boleh dikira dan mengharapkan keuntungan atau pulangan yang besar.
Orientasi risiko
-Mampu mengambil kira risiko yang boleh dikira untuk mendapatkan hasil yang baik bagi organisasi.
-Tidak takut untuk dipecat oleh majikan.
-Lebih suka terlibat dalam setiap aktiviti dan operasi dalam organisasinya
Kecenderungan untuk bertindak
-Terlibat dalam setiap aspek aktiviti dan operasi dalam organisasi.
-Delegasikan atau mengagihkan pekerjaan kepada kakitangan bawahannya untuk mendapatkan hasil kerja yang baik.
-Memberi tumpuan kepada pelan organisasi,perkembangan organisasi,permintaan pasaran  dan perubahan teknologi.
Fokus utama
-Memberi tumpuan kepada operasi dalaman dan luaran organisasi berdasarkan pelan atau strategi yang ditetapkan.


Mitos-mitos Usahawan dan Usahawan Korporat.

Usahawan
Usahawan Korporat
     (a)    Usahawan adalah pelaksana bukan pemikir.
     (b)   Usahawan adalah dilahirkan ,bukannya dibentuk.
     (c)    Usahawan adalah seorang pencipta.
     (d)   Usahawa adalah golongan yang tercicir dalam akademik dan masyarakat.
     (e)   Usahawan mestilah mempunyai semua ciri- ciri  keusahawanadan profil tertentu.
     (f)     Apa yang diinginkan oleh usahawan adalah wang.
     (g)    Nasib atau tuah itu amat diperlukan oleh seseorang usahawan.
     (h)   Kejahilan adalah kelebihan usahawan.
     (i)      Usahawan mengalami kadar kegagalan yang tinggi.
     (j)     Usahawan adalah penjudi,kerana mengambil risiko yang melampau.

     (a)    Motif utama usahawan korporat adalah kekayaan,iaitu wang.
     (b)   Usahawan korporat adalah penjudi .
     (c)    Kelemahan usahawan korporat adalah kemampuan analisis.Meraka tidak peka dalam membuat analisis.
     (d)   Tidak beretika dan bermorak kerana mereka mempunyai keinginan yang kuat terhadap kekayaan dan kekuasaan.
     (e)   Usahawan mempunyai sikap yang haus kekuasaan.


Kesimpulannya,usahawan dan usahawan korporat adalah individu yang berlainan dalam organisasi dan kedua-dua karakter ini juga mempunyai tanggungjawab yang berbeza dalam perniagaan.

2015年3月12日星期四

Creative Bottle

                                       




                                                               Korean Futuristic Glass
                                                               Volume:450ml
                                                               Weight:0.2kg
                                                               Material:Plastic
                                                               Heat-Resistant
                                                               Price:RM20/unit
                                       
————————————————————————————————————————————————————————————————————



Cute Moustache Glass Bottle(With Thermal Insulation Cover)
 Size:Volume 280ml  height 17.5cm Width:5.3cm
Volume 360ml height 19cm Width 5.7cm
Volume 550ml height 23.5cm Width 6.5cm

  Easy to Pick
For Outing Use,Home Use,School Use
    Material:Glass
  Heat-Resistance

        Price:RM22/RM23/RM24 per unit

Ciri Cemerlang Orang Positif

Artikel motivasi ini memaparkan ciri-ciri, sikap-sikap dan sifat-sifat atau jati diri cemerlang orang-orang (pemimpin / usahawan) yang positif / berjaya.
1. Semakin Tercabar, Semakin Kuat
Seseorang yang positif berperibadi kuat seumpama besi waja; semakin dibakar oleh keadaan, semakin menghadapi cabaran hidup, semakin teguh melayari kehidupan. Seseorang yang berperibadi lemah, laksana timah atau lilin; apabila terkena api, hancur lebur. Apabila terketuk oleh cabaran, berkecai!

Dr. Mahathir Mohamad banyak memberi contoh yang cemerlang kepada kita semua. Lagi banyak masalah yang dihadapi, lagi bertambah kuat beliau. Seperti gam "exhaust pipe", semakin kepanasan, semakin keras mencengkam! Orang lain sudah habis dan gawat idea, beliau keluar pula dengan idea-idea yang mengejutkan! 

2. Melihat Peluang Dalam Kegawatan
Orang yang negatif melihat kegawatan sebagai penghalang kemajuan. Tetapi, orang yang positif dapat melihat peluang keemasan dalam kegawatan!
Kisah hidup Onassis amat menarik perhatian saya. Aristotle Onassis, seorang jutawan Greek di Argentina, asalnya adalah seorang budak miskin. Ia pindah ke Argentina dari Greek untuk membina satu penghidupan baru di sana. Umurnya waktu itu hanya 17 tahun.
Lepas Perang Dunia Kedua, dunia menghadapi kemelesetan ekonomi yang sangat teruk; banyak syarikat muflis; ramai orang yang jadi miskin dan papa, malah, ramai juga orang yang hilang harapan. Tetapi, Onassis tidak membiarkan dirinya menjadi gagal. Ia tekad mencari peluang dalam kekemelutan itu. Beliau telah nampak suatu peluang. Onassis sedar yang tentera-tentera Amerika Syarikat sedang menghadapi masalah kelebihan kapal perang; kapal-kapal tidak lagi digunakan untuk berperang. Dia telah membeli kapal-kapal kecil tentera Amerika Syarikat itu dengan harga yang murah. Setelah membuat sedikit-sedikit pindaan, kapal-kapal tersebut sudah boleh digunakan bagi mengangkut barang-barang dagangan.
Onassis yang positif telah dapat melihat peluang dalam kegawatan, manakala, orang lain yang negatif lebih melihat halangan-halangan dalam kegawatan.
3. Sentiasa Berusaha Sungguh-sungguh
Seseorang yang positif berpegang kepada falsafah:kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Fokusnya ialah untuk mencapai kejayaan; mencapai matlamat yang telah ditetapkannya dengan penuh kesungguhan dan keberanian.
Sesuai dengan kata-kata nasihat Paul Getty, seorang bilionaire Amerika bahawa untuk mencapai kejayaan dalam perniagaan, seseorang itu hendaklah membuat dua perkara ini:
Pertama: TETAPKAN SATU MATLAMAT BESAR 
Kedua: MENCAPAINYA DENGAN PENUH KEBERANIAN! 
4. Tidak Menyalahkan Keadaan
Seseorang yang positif tidak mengeluh atau mengecam bila ditimpa musibah atau terdapat kekurangan pada dirinya. Sebaliknya ia menggunakan kekurangan-kekurangannya itu untuk kebaikan kepada dirinya serta orang lain.
Napoleon yang kecil dan rendah iaitu 5 kaki 1 inci sahaja, selalu dipermain-mainkan oleh rakan-rakannya di Maktab Tentera tempat ia belajar. Tambahan pula, Napoleon ialah seseorang yang berasal dari Pulau Corsica, pulau yang dipandang tidak begitu penting oleh orang-orang Perancis.
Kerana itu, Napoleon telah berazam untuk menunjukkan / membuktikan kepada rakan-rakannya yang selalu mengejek-ejeknya itu bahawa ia lebih baik daripada mereka. Ia telah belajar ilmu ketenteraan dengan bersungguh-sungguh. Akhirnya, beliau telah menjadi Maharaja Perancis - menakluki tiga suku Benua Eropah.
Kekurangannya serta ejekan-ejekan dari rakan-rakannya itulah yang mendorongnya menjadi panglima terkenal.
5. Mendengar Dahulu Pendapat Orang Lain
Orang-orang yang positif tidak mengenepikan kecaman-kecaman musuhnya misalnya dengan terus mengatakan orang itu salah. Tetapi, ia akan mendengar kecaman-kecaman tadi dan memikirkan betulkah ia salah atau tidak.

Perlu diingat, bahawa, bila orang mengecam, tentulah ada sebab-sebabnya. Kadang-kadang daripada kecaman orang lain, kita boleh dapat petunjuk untuk membaiki diri dan kerja kita.
Presiden Abraham Lincoln pernah dikecam oleh Menteri Pertahanannya, Edward Stanton. Ia telah digelar oleh Stanton sebagai seorang dungu. Adakah Lincoln marah dan memecat Menteri Pertahanan itu? Tidak! Sebaliknya, ia telah bertanya kepada Stanton mengapa ia berkata demikian? Stanton telah menerangkan bahawa langkah Lincoln memindahkan beberapa batalion tentera ke suatu tempat itu hanya akan merugikan kerajaan Amerika Syarikat. Presiden Lincoln yakin terhadap penjelasan Stanton itu, lalu menarik balik rancangannya tadi.
Sebaliknya, pemimpin-pemimpin yang tidak mengindahkan kecaman orang bahawa dasar pentadbiran dan ekonominya tidak dapat membawa keadilan sosial kepada rakyatnya, akhirnya, terpaksa meletakkan jawatan atau kalah di piliharaya dalam keadaan yang mengaibkan, malah ada juga yang akhirnya dibunuh oleh rakyatnya sendiri!!!
Inilah yang perlu diberi perhatian oleh pemimpin-pemimpin termasuk di negara kita. Mereka bukan sahaja perlu mendengar dengan telinga tetapi juga dengan mata, hati, dan minda terhadap setiap rintihan rakyat (pengundi) sama ada yang tersurat atau tersirat. Jika ini dapat diamalkan, insya-Allah, rakyat akan merasa sentiasa terbela dan terus memberi sokongan. Jika tidak, rakyat boleh bertindak balas!Rakyat adalah pelanggan yang MESTI diberi layanan yang adil, cemerlang serta kepuasan oleh pemimpin-pemimpin (wakil rakyat-wakil rakyat).
6. Sentiasa Mencari Jalan Memperbaiki Diri
Orang yang positif sedar bahawa apa yang dilihat sebagai terbaik pada hari ini mungkin hanya dinilai sebagai sederhana saja 10 tahun akan datang. Oleh kerana itu, orang yang positif tidak henti-henti mencari jalan untuk memperbaiki kehidupannya / kebajikan rakyatnya.
Peter Drucker, seorang profesor ilmu pengurusan Amerika Syarikat ada berkata: "Pengurus yang berjaya sentiasa bertanya kepada dirinya apakah yang boleh ia buat, bukan apa yang orang lain patut buat untuk dia."
7. Sentiasa Bangun Apabila Terjatuh
Orang yang positif tidak gemar dengan sikap suka berputus asa. Orang yang positif memandang sesuatu kegagalan itu pada sudut positif. Mereka memandang kegagalan sebagai guru terbaik dalam konteks mencapai kejayaan.
Oleh kerana itu, orang-orang yang positif walau betapa teruk pun mereka jatuh akan terus berusaha untuk bangun semula serta berusaha mengukir kejayaan yang lebih besar daripada sebelum mereka mengalami kegagalan / kejatuhan.

Oleh itu, janganlah sekali-kali berputus asa. Sikap berputus asa adalah amalan syaitan. Allah mencintai makhluk-makhlukNya yang positif dan cekal serta sentiasa memohon keredaanNya. Insya-Allah.

Sumber Artikel :http://www.ugmc.bizland.com/ak-positif.html

Ulasan Artikel
Berdasarkan artikel di atas,motivasi boleh didefinisikan sebagai sesuatu yang menggerak dan mengarah tuju seseorang dalam tindakan-tindakannya sama ada secara positif atau negatif.

Secara keseluruhannya,motivasi penting sebagai pendorong kepada seseorang usahawan.Seseorang usahawan yang bermotivasi sentiasa berpegang kepada falsafah sendiri,mereka tidak mudah berputus asa dan sentiasa berusaha bersungguh-sungguh dalam bidang perniagaan.Usahawan yang mempunyai motivasi tinggi juga akan sentiasa mencari jalan untuk memperbaiki diri supaya mereka menjadi lebih baik dan mempelajari sesuatu pengajaran selepas mengharungi sesuatu cabaran.

Usahawan yang bermotivasi juga tidak akan mudah menyalahkan keadaan apabila suatu insiden berlaku.Mereka lebih mempercayai suatu keadaan selalunya berada dalam kawalan sendiri dan sentiasa berpegang prinsip bahawa diri sendiri dapat mengubah sesuatu keadaan.


Kesimpulannya,motivasi adalah penting bagi seseorang usahawan untuk menghadapi dugaan dalam bidang perniagaan.

Kepentingan Kreativiti dan Inovasi Dalam Dunia Perniagaan

Kreativiti dan inovasi merujuk kepada melakukan sesuatu di luar kebiasaan. Kreativiti dan inovasi juga boleh dikaitkan dengan pembaharuan, penambahbaikan, penciptaan dan penemuan.
Konsep kreativiti dan inovasi ini adalah luas dan boleh diguna pakai di dalam pelbagai bidang dan keadaan, tidak terkecuali bidang perniagaan.
Bisnes Adalah Kreativiti dan Inovasi
Dunia perniagaan berkait rapat dengan kreativiti dan inovasi. Tanpa kreativiti dan inovasi, dunia perniagaan akan kekal statik tanpa sebarang pembaharuan dan perubahan.
Justeru, usahawan yang membudayakan kreativiti dan inovasi di dalam model perniagaan mereka, akan lebih bergerak maju dan berjaya berbanding usahawan yang kekal dengan model perniagaan tradisional, yang hanya mementingkan jualan semata-mata.
Kreativiti dan inovasi di dalam dunia perniagaan boleh dilakukan dalam pelbagai cara. Antaranya melalui produk, perkhidmatan, jenama, model perniagaan dan pemasaran.
Dengan kreativiti dan inovasi, sebarang produk atau perkhidmatan yang ditawarkan, akan membentuk keunikan dan berbeza dengan produk atau perkhidmatan yang sama yang telah sedia ada di pasaran. Di Malaysia, kita mungkin mempunyai lebih 100 pengeluar kicap.
Tetapi apa yang membezakan 100 pengeluar kicap tadi sehingga pengguna dapat membezakan di antara kicap milik Abu dan kicap milik Ali? Jawapannya adalah sejauh mana kreativiti dan inovasi digunakan bagi menonjolkan kelainan dan keunikan produk masing-masing.
Kreativiti Meningkatkan Reputasi Bisnes – Google Inc.
Bagi menjelaskan bagaimana kreativiti dan inovasi boleh membawa perubahan besar terhadap kedudukan dan reputasi perniagaan, saya bawakan contoh syarikat Google Inc. Semua sedia maklum, terdapat banyak syarikat yang menawarkan perkhidmatan carian laman web dan perkhidmatan emel.
Antaranya Yahoo dan Bing untuk enjin carian, dan Yahoo Mail dan Hotmail untuk perkhidmatan emel. Namun, apa yang membezakan enjin carian dan perkhidmatan emel Google dengan enjin carian dan perkhidmatan emel dari syarikat lain?
Jawapannya sekali lagi berkait rapat dengan kreativiti dan inovasi. Google memberi nafas baru kepada dunia carian web dengan menggabungkan pelbagai metod dan sumber carian seperti carian gambar, peta, berita, buku dan sebagainya di dalam satu portal carian.
Malah, enjin carian Google juga diintegrasikan bersama perkhidmatan emel di dalam satu akaun yang dikenali sebagai Google Account. Jika anda telah memiliki Google Account, anda boleh mengakses hampir ke semua perkhidmatan yang ditawarkan oleh Google seperti Gmail, Blogger dan YouTube.
Bagi perkhidmatan emel pula, Google telah melakukan satu inovasi yang cukup menakjubkan di mana fungsi emel dan teknologi pengkomputeran awan, atau cloud computing telah gabungkan.
Setiap fail lampiran yang berbentuk dokumen seperti dokumen berformat PDF, Microsoft Word, Excel dan Powerpoint tidak perlu dimuat turun untuk melihat atau membuka kandungannya. Kita hanya perlu klik pada pautan ‘view’ atau ‘lihat’ pada lampiran,  dan satu tetingkap atau tab akan dibuka bagi memaparkan dokumen di dalam lampiran tersebut.
Tidak berhenti setakat itu, dokumen dalam lampiran tadi boleh diubah suai menggunakan perkhidmatan Google Docs, yang mampu berfungsi sebagaimana perisian pejabat seperti Microsoft Office atau Open Office.
Dokumen tadi pula boleh disimpan di dalam storan yang disediakan oleh perkhidmatan Google Docs ini. Ini bermakna, kita boleh melakukan tugasan pejabat harian hanya menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan oleh Google. Apa yang perlu hanya sambungan internet.
Itu antara bentuk kreativiti dan inovasi yang dilakukan oleh Google bagi memaparkan kelainan dan membentuk keunikan terhadap perkhidmatan enjin carian dan perkhidmatan emel yang ditawarkan.
Memusnahkan Pesaing – Kuasa Inovasi Google
Ketika ini, Google jauh mengungguli dunia carian web dan perkhidmatan emel berbanding pesaing-pesaingnya seperti Yahoo dan MSN. Malah ada di antara pesaing-pesaing Google ini yang cuba meniru konsep perkhidmatan, dan model perniagaan, yang dilakukan oleh Google dengan tujuan untuk menarik minat pengguna.
Walaubagaimanapun, Google tetap menjadi pilihan pengguna berdasarkan reputasi dan nilai kreativiti dan inovasi yang dipeloporinya. Begitulah berkuasanya kreativiti dan inovasi di dalam perniagaan.
Justeru, jika kita merupakan seorang pengeluar produk atau penyedia perkhidmatan, cuba terapkan nilai kreativiti dan inovasi di dalam perniagaan anda. Galakkan pekerja-pekerja kita memberikan sebarang idea bagi menyemai elemen kreativiti dan inovasi.
Kreativiti dan inovasi bermula dengan idea. Justeru, latih diri kita dan orang di sekitar kita untuk menghormati dan menghargai idea yang dilontarkan oleh orang lain kerana kita tidak tahu, idea tersebut mungkin akan membawa perubahan besar terhadap perniagaan kita.
Kreativiti dan Inovasi – Punca Survival Bisnes
Kesimpulannya, kreativiti dan inovasi amat penting bagi mewujudkan persekitaran perniagaan yang berdaya maju dan kompetitif agar dapat bersaing dalam dunia yang semakin mencabar ketika ini.
Mereka yang mengabaikan nilai-nilai kreativiti dan inovasi akan ketinggalan dan akan terus berada di belakang pesaing-pesaing yang terus-menerus mengeluarkan produk atau perkhidmatan yang inovatif selaras dengan perkembangan dunia semasa.

Sumber Artikel: http://www.majalahniaga.com/kepentingan-kreativiti-dan-inovasi-dalam-dunia-perniagaan.html

Ulasan Artikel

Berdasarkan artikel di atas,kita dapat mengetahui bahawa kreativiti dan inovasi adalah penting dalam bidang perniagaan.Kreativiti boleh dikatakan sebagai satu proses yang membina atau menghasilkan sesuatu yang baru dan tidak pernah wujud di pasaran sebelum itu.Manakala inovasi boleh dimaksudkan sebagai proses untuk mengubahsuai atau menambahbaik suatu produk atau servis supaya nilai produk tersebut dapat ditingkatkan.

Dalam bidang perniagaan,elemen kreativiti dan inovasi penting untuk menambah nilai produk di samping mengembangkan fungsi sesuatu produk.Kedua-dua elemen itu penting untuk meningkatkan keberkesanan produk dan seterusnya menambahbaik kualiti sesuatu produk.


Oleh itu,adalah penting bagi usahawan untuk melibatkan diri dalam kreativiti dan inovasi supaya perniagaan mereka boleh terus berdaya maju dan berdaya kompetitif.

FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN USAHAWAN DALAM PERNIAGAAN

Bidang keusahawanan telah lama wujud sebagai satu pilihan kerjaya dan telah menjadi keutamaan dalam pelbagai dasar kerajaan. Pengiktirafan dan penekanan serius pihak kerajaan terhadap program pendidikan dan latihan keusahawanan bermula selepas tahun 1995 iaitu sejajar dengan penubuhan Kementerian Pembangunan Usahawan (KPU) yang bertujuan membangunkan minat keusahawanan dalam kalangan pelajar sekolah, universiti dan masyarakat keseluruhan (Bukryman et al., 2008).
Wim Naude (2010) menganggap usahawan sebagai golongan pengusaha dan peniaga yang sanggup menanggung risiko, sentiasa berusaha untuk melakukan inovasi dan bijak serta kreatif dalam mendapatkan cara meningkatkan kekayaan, kekuasaan dan status sosial.
Faktor Penglibatan Usahawan dalam Perniagaan
Berdasarkan hasil kajian, faktor yang paling kuat menyumbang penglibatan dalam bidang perniagaan ialah keinginan mencapai kebebasan dan kepuasan, disusuli faktor-faktor lain seperti membantu menyara keluarga, inginkan kekayaan, bercita-menjadi usahawan, ingin berdikari, tidak suka bekerja makan gaji, minat menyertai perniagaan, mendapat peluang untuk berniaga, sanggup menghadapi risiko, ingin menceburi usaha teroka baru, rangsangan daripada kejayaan pihak lain, dorongan ahli keluarga, memulakan perniagaan berdasarkan pengalaman dan desakan hidup
Secara ringkasnya, penglibatan responden sebagai usahawan dilihat lebih dipengaruhi oleh motivasi dan keinginan diri sendiri berbanding faktor tekanan, desakan hidup atau paksaan pihak lain.
Faktor-faktor Penentu Kejayaan Usahawan dan Perhubungannya dengan Tahap Keuntungan Usahawan
Berdasarkan hasil dapatan, dapat dirumuskan bahawa kejayaan seseorang usahawan memperoleh keuntungan perniagaan bukan hanya ditentukan oleh faktor-faktor lazim seperti saiz modal yang dimiliki, faktor keadaan ekonomi dan saiz perniagaan (pekerja yang ramai) sahaja tetapi lebih dipengaruhi oleh faktor usia semasa memulakan perniagaan, cara pengurusan rekod dan kawalan kewangan, kemahiran perancangan, kemahiran pemasaran dan tahap pendidikan usahawan itu sendiri.
Kejayaan perniagaan pada usia muda dalam kalangan responden yang dikaji boleh dikaitkan dengan pelbagai faktor seperti tingkat kreativiti dan inovasi pengusaha yang lebih baik, tingkat pendidikan generasi muda yang lebih tinggi dan moden, kekuatan fizikal dan daya saing serta cara berfikir yang berorientasikan masa depan.
Menurut Lussier (1995), faktor-faktor yang kritikal kepada kejayaan usahawan ialah faktor-faktor yang berkorelasi positif dengan purata tahap keuntungan dan tahap keuntungan yang diperoleh usahawan. Berdasarkan dapatan yang diperoleh, hanya terdapat empat faktor yang boleh dianggap kritikal kepada kejayaan usahawan iaitu kemahiran perancangan, keadaan ekonomi, pengalaman industry, dan pengalaman pengurusan.
Berdasarkan penemuan ini, kajian menyarankan supaya para usahawan yang terlibat dalam jenis-jenis sektor perniagaan yang dikaji dapat membina keupayaan dalam perkara tersebut supaya berupaya memperoleh keuntungan perniagaan yang lebih baik. Kajian ini turut menyarankan agar program pembangunan usahawan yang dijalankan oleh agensi kerajaan dan swasta memberi fokus kepada empat faktor kritikal kejayaan berkenaan selain memberi tumpuan ke atas faktor-faktor kejayaan yang lain.



Ulasan Artikel:
Berdasarkan artikel,kejayaan seseorang usahawan memperoleh keuntungan bukan sahaja bergantung kepada saiz modal,faktor keadaan ekonomi,saiz perniagaan,tetapi lebih ditentukan oleh usia semasa memulakan perniagaan,kemahiran perancangan,kemahiran pemasaran dan tahap pendidikan seseorang usahawan.
Tahap pemikiran seseorang individu akan berubah dari masa ke masa,hal ini disebabkan tahap kematangan yang berbeza pada tahap umur yang berbeza.Sebagai contoh,seseorang individu yang berumur 30 sentiasa berfikiran rasional berbanding dengan seseorang individu yang berumur 20.Oleh itu,faktor umur boleh membawa kesan kepada kejayaan usahawan disebabkan tahap pemikiran yang berbeza.
Selain itu,kemahiran seseorang usahawan sentiasa memberi kesan kepada perniagaan.Usahawan yang cekap dalam membuat perancangan akan mendapat rezeki yang lebih banyak berbanding dengan usahawan yang mungkin tidak begitu cekap dalam membuat perancangan.
Tahap pendidikan juga menjadi faktor penting dalam kejayaan perniagaan.Sebagai contoh,seseorang usahawan yang merupakan mahasiswa universiti pengurusan memperoleh lebih banyak pendedahan ilmu dari segi pengurusan perniagaan,kemahiran berkomunikasi dan kemahiran membuat perancangan.Hal ini menyebabkan usahawan tersebut lebih mahir dalam mengurus perniagaan dan berfikiran cekap dalam membuat perancangan.Namun,kita tidak boleh menbuat kesimpulab bahawa usahawan yang tidak merupakan mahasiswa tidak akan berjaya dalam perniagaan. 

Kesimpulannya,faktor umur,kemahiran usahawan dan tahap pendidikan juga penting untuk mencapai kejayaan dalam perniagaan.

Sikap usahawan yang berjaya.

Berikut adalah sikap yang ada pada semua usahawan yang berjaya di dunia ini.

Sentiasa menggilap kekuatan yang ada.
Kejayaan datang apabila kita mengilap kekuatan kita dan bukannya membuang kelemahan kita. Maksudnya, jika ingin berjaya, kita perlu fokus pada kepakaran kita dan jangan sesekali kita mengendahkan kelemahan kita. Seorang usahawan menggunakan kekuatan yang dia ada untuk maju ke hadapan dan sentiasa memperbaiki kelemahan yang dia ada dengan kebijaksanaan.
Jika kelemahan anda tiada ilmu yang cukup, penyelesaian bagi masalah anda itu adalah belajar.
Jika kelemahan anda tidak mempunyai kemahiran yang bagus, anda boleh atasinya melalui outsourcing or joint venture.
Dalam perniagaan, anda satu prinsip yang di panggil sebagai SWOT. SWOT terdiri dari kekuatan, kelemahan, peluang dan risiko atau dalam bahasa inggeris Strenght, Weakness, Opportunities dan Threats. Abaikan Oppurtunities dan Threats, anda hanya ambil kira Strenght dan Weakness untuk mengkaji diri anda sendiri.
Kekuatan bermaksud bakat atau kebolehan yang anda ada pada diri anda untuk menjadikan anda seorang usahawan. Jika anda sudah lama bekerja atau belajar dalam bidang hartanah, kekuatan anda adalah mempunyai pengetahuan dalam bidang hartanah.
Senaraikan juga kelemahan yang ada dalam diri anda dan cuba cari jalan bagaimana hendak menyelesaikannya.
Cara yang mudah untuk kenal pasti kekuatan dan kelemahan adalah berdasarkan peluang perniagaan yang anda ingin rebut. Katakan anda ingin menjadi usahawan internet, berdasarkan peluang perniagaan ini, anda senaraikan kekuatan dan kelemahan anda.
Kekuatan
•    Tahu buat website
•    Ada idea untuk jual barang.
•    Ada modal yang cukup untuk memulakan perniagaan.
Kelemahan
•    Tak tahu bagaimana hendak mempromosikan website anda.
•    Tidak tahu design yang cantik – cantik
•    Tidak ada ilmu untuk berniaga di internet.
Berdasarkan contoh di atas, kekuatan yang anda , anda patut gilapkan lagi iaitu belajar bagaimana hendak membuat website yang lebih bagus, memperbanyakkan lagi idea dan belajar bagaimana hendak mengawal modal perniagaan supaya tidak membazir.
Bagi kelemahan pula, anda boleh pilih untuk belajar jika ia berkaitan dengan  pengetahuan dan mempertimbangkan outsourcing atau joint venture jika ia berkaitan dengan kemahiran.
Prinsip menggilap kekuatan dan memperbaiki kelemahan sama sahaja dengan mana – mana situasi di dunia. Untuk berjaya, anda perlu amalkan prinsip tersebut. Contohnya, jika seseorang itu mahu menjagi guru, dia akan mohon untuk menjadi guru berdasarkan kekuatan akademiknya. Jika dia minat bersukan, dia akan mohon untuk menjadi guru sukan.

Sentiasa bersedia untuk bekerja keras.
Seorang usahwan sentiasa bersedia untuk bekerja keras pada bila – bila masa sahaja. Kejayaan tidak datang dalam sekelip mata. Mereka realisitik dengan apa yang mereka ada. Mereka sentiasa memberi komitmen yang tinggi dalam setiap pekerjaan yang mereka lakukan.
Sentiasa sudi belajar perkara yang baru.
Tiada seorang pun di dunia ini yang tahu segala – galanya. Seorang usahawan sentiasa sudi untuk mempelajari sesuatu yang baru bagi memperhalusi tindakannya. Mereka selalu berbincang dan bertanya sebelum membuat sesuatu keputusan. Jangan degil untuk belajar.
Sentiasa percaya bahawa kejayaan akan menyusul
Semangat seorang ushawan adalah kejayaan. Mereka sangat dahagakan kejayaan dan yakin bahawa mereka akan berjaya. Sebelum mereka memulakan sesuatu, mereka sudah bayangkan kejayaan yang bakal menyusul hasil tindakan mereka.
Sentiasa berani gagal.
Usahawan sentiasa berani gagal. Mereka berani menghadapi kegagalan dan mereka tidak lari dari hakikat kegagalan. Orang yang berjaya sentiasa di gelar jiwa besi kerana tidak pernah mengalah walaupun gagal.

Sentiasa berdisiplin.
Usahawan adalah bos kepada diri sendiri. Jadi, disiplin adalah perkara yang paling penting untuk mereka amalkan. Semuanya bergantung pada diri sendiri dan tiada siapa yang boleh menolong mereka melainkan diri mereka sendiri. Usahawan berjaya akan lakukan apa yang mereka perlu lakukan dan sentiasa lakukan apa yang mereka rancangkan.

Pandai berkawan dengan usahawan yang lain.
Seorang usahawan tidak bersikap sombong, mereka akan sentiasa mencari kawan baru dalam dunia perniagaan.Mereka berkawan sama ada untuk tujuan joint venture atau menambah kenalan. Di dalam dunia perniagaan apa sahaja mungkin berlaku, mempunya ramai kenalan mungkin boleh memberi kelebihan pada anda.
Berniaga dengan penuh minat.
Semua usahawan berjaya mempunyai satu persamaa iaitu berniaga dengan penuh minat. Bagi mereka, perniagaan bukan hanya untuk mencari wang tetapi adalah satu aktiviti yang seronok. Jika ingin berjaya sebagai usahawan, anda perlu ada perasaan seronok bila menjalankan perniagaan.
Sentiasa mempunyai perancangan dan melaksanakannya.
Seorang usahawan yang berjaya mempunyai sifat berfikir, merancang dan take action. Semua orang boleh merancang tetapi hanya usahawan berjaya yang ambil keputusan untuk melaksanakannya. Usahawan yang berjaya adalah mereka yang fokus pada rancangan yang mereka rancang untuk perniagaan mereka. Bukan semua perkara yang di lakukan akan sempurna. Namun, mereka tetap mencuba.
Sentiasa kental dan tabah.
Bagi setiap usahawan, perniagaan mereka adalah seperti negara. Mereka perlu pertahankan tanah air mereka iaitu perniagaan mereka dengan bersungguh – sungguh dan tabah menghadapi segala dugaan dan cabaran. Mereka selalu positif dalam setiap perkara yang mereka lakukan.

Sumber Artikel:http://www.koleksiartikel.com/cerita-cerita/sikap-seorang-usahawan-yang-berjaya.html

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ulasan mengenai Blog:

Berdasarkan artikel di atas,terdapat 1 prinsip yang selalu dan sepatutnya diamalkan oleh usahawan,iaitu SWOT.SWOT membawa maksud kekuatan (Strength),kelemahan (Weakness),peluang (Opportunities) dan risiko (Threats).Sebelum memulakan sesuatu perniagaan,usahawan mestilah mengetahui kekuatan dan kelemahan diri sendiri.Dengan mengetahui kekuatan sendiri,seseorang usahawan dapat memperlihatkan potensi diri dan mengembangkannya dalam perniagaan.Sebaliknya dengan mengetahui kelemahan,seseorang usahawan boleh mengelakkan diri daripada pembaziran masa untuk melakukan sesuatu perkara.Seterusnya,usahawan juga hendaklah mengenal pasti peluang dan risiko yang ada pada suatu perniagaan.Usahawan yang boleh melihat peluang perniagaan dapat mengetahui hala tuju sendiri dan merancang perniagaan dengan baik.Manakala usahawan yang dapat mengenal pasti risiko perniagaan boleh mengelakkan diri daripada mengambil risiko yang tidak terkira.

Artikel ini juga telah menghuraikan beberapa ciri yang sepatutnya ada pada seseorang usahawan.Terdapat beberapa penekanan yang telah digariskan dalam artikel tersebut iaitu sentiasa bekerja keras,berani menghadapi kegagalan dan berdisiplin.

Seseorang usahawan perlu sentiasa bekerja keras,mereka perlu meluangkan lebih masa untuk mengenal pasti peluang dan merancang perniagaan mereka.Selain itu,mereka juga perlulah sentiasa membetulkan kesalahan mereka dan sentiasa memajukan diri mereka.

Dalam proses pembangunan,usahawan juga sentiasa menghadapi kegagalan.Hal ini berkemungkinan akan melemahkan semangat usahawan untuk memutus asa.Seseorang usahawan haruslah cekal dan tidak mudah berputus asa demi mencari penyelesaian dalam perniagaan.


Selain itu,seseorang usahawan haruslah sentiasa berdisiplin.Mereka hendaklah selalu memajukan diri mereka supaya tidak ditinggalkan oleh masyarakat.Usahawan juga haruslah sentiasa berinovatif  dalam bidang perniagaan.

2015年3月11日星期三


Rozita Binti Ibrahim

Rozita Binti Ibrahim merupakan pengasas Sendayu Tinggi.Beliau juga merupakan Pengarah Urusan Sendayu Tinggi Holdings Sdn Bhd dan Jamu Ratu Malaya Sdn Bhd.

Latar Belakang Rozita Binti Ibrahim

Puan Rozita Ibrahim dilahirkan di Sungai Besar Selangor.Beliau merupakan anak sulung dalam keluarga dan mempunyai 6 orang adik-beradik.Disebabkan berkahwin awal,beliau pernah mengharungi kehidupan yang susah dan akhirnya beliau berpisah dengan suami pertama beliau.Keputusan perpisahan tersebut telah menyebabkan keluarga Puan Rozita Ibrahim tidak memahami beliau,dan beliau memutus untuk meninggalkan kampung halaman beliau dan berjuang di kota besar.

Puan Rozita pernah mencuba berbagai-bagai jenis pekerjaan seperti pekerja kilang,penyambut tetamu,eksekutif promosi dan pemasaran sehingga perniagaan jualan langsung.

Bagaimana Rozita Binti Ibrahim Memulakan dan Membangunkan Perniagaan?

Disebabkan Puan Rozita Ibrahim pernah mengharungi kehidupan yang susah,beliau telah membuat keputusan untuk menjalankan perniagaan sendiri.Keputusan tersebut dibuat bukan sahaja demi diri sendiri beliau,malah beliau inginkan anak-anak beliau dapat mendapat kehidupan yang baik.Oleh itu,dengan hanya modal RM400,beliau memulakan perniagaan Sendayu Tinggi dengan menjadikan herba sebagai sandaran.

Demi meyakinkan pelanggan,Puan Rozita Ibrahim telah menjadikan diri beliau sebagai testimoni,beliau telah menggemukkan diri beliau dan melangsingkan semula tubuh badan dengan makan produk beliau itu sendiri.Beliau telah menjalankan eksperimen terhadap diri beliau sebanyak 3 kali.

Pada mulanya,Puan Rozita menjual produk dari rumah ke rumah,disebabkan kesan-kesan eksperimen yang boleh dilihat,produk beliau semakin hari semakin mendapat sambutan hangat daripada pelanggan beliau.Hal ini menggalakkan beliau menubuhkan syarikat sendiri,iaitu Sendayu Tinggi pada tahun 2000.

Kini,Sendayu Tinggi telah mempunyai 9 buah anak syarikatdan juga kilang pemprosesan herba bagi produk tradisional iaitu Sendayu Tinggi Manufacturing (M)Sdn Bhd.Jumlah pengedar juga melebihi 2000 orang di seluruh Malaysia,Brunei,Singapura,Jepun,China,Taiwan dan Korea.Disebabkan kegigihan beliau juga,beliau telah dianugerahkan Usahawan Wanita 2005 oleh Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM).

Mengapa Memilih Rozita Binti Ibrahim?

Puan Rozita Ibrahim merupakan seorang usahawan yang gigih dan tidak mudah berputus asa.Walaupun beliau mengharungi kehidupan yang susah,beliau tetap berusaha untuk membina kejayaan sendiri supaya anak-anak beliau tidak akan menjalani kehidupan yang susah.


Di samping itu,Puan Rozita Ibrahim tetap menghadapi cabaran walaupun beliau telah mengalami perpisahan dengan suami pertama beliau.Beliau telah mencuba pelbagai pekerjaan untuk menampung kos kehidupan anak-anak beliau.Puan Rozita Ibrahim juga seorang usahawan yang berani mengambil risiko.Beliau telah menjadikan diri beliau sebagai alat eksperimen dengan menggemukkan diri demi meyakinkan pelanggan.

Rencana yang Berkisar dengan Latar Belakang Rozita Binti Ibrahim


Robert Kuok Hock Nien




Robert Kuok Hock Nien

Robert Kuok Hock Nien merupakan salah seorang usahawan yang terkaya di Malaysia.Beliau merupakan orang utama syarikat multinasional Kumpulan Kuok yang terlibat dalam penanaman tebu,penapisan gula,pengilangan tepung,minyak dan perlombongan hingga kewangan,hotel-hotel,hartanah,perdagangan,pengangkutan dan penerbitan.

Latar Belakang Robert Kuok Hock Nien

Robert Kuok merupakan anak kedua bagi Kuok Kheng Kang dan Puan Tang yang dilahirkan pada 6 Oktober 1923 di Johor Bahru,Johor.Beliau bekerja di Mitsubishi (sebuah syarikat industrial) pada tahun 1942 hingga 1945 selepas beliau menamatkan pengajian beliau di Raffles Instituion,Singapore.
Robert Kuok dan adik-beradiknya mula menubuhkan Kuok Brothers Sdn Bhd dan membuat pelaburan dalam industri penapisan gula pada tahun 1949,iaitu selepas bapa beliau meninggal dunia.

Bagaimana Robert Kuok Hock Nien Memulakan dan Membangunkan Perniagaan Beliau?

Robert Kuok telah membuka kilang penapisan gula dengan Malayan Sugar Manufacturing Co.Ltd. Pada tahun 1963,Robert Kuok telah membeli 200,000 tan gula kerana beliau menjangka harga gula akan meningkat,namun hal tersebut berada di luar jangkaan beliau.Pasaran gula bukan sahaja mengalami stagflasi malah harganya juga menurun,hal ini menyebabkan Robert Kuok hampir-hampir mengalami bankrap.Namun ,mungkin disebabkan nasib baik beliau,taufan telah melanda Brazil dan kejadian tersebut menyebabkan kerugian besar di ladang tebu Brazil dan seterusnya meningkatkan semula harga gula.

Seterusnya,Robert Kuok mula mengembangkan perniagaan beliau ke bidang yang lain.Beliau telah menubuhkan hotel pertama beliau yang bernama Hotel Shangri-La  di Singapore pada tahun 1971.Pada tahun 1977 pula,Robert memasuki industri hartanah di Hong Kong apabila beliau mengambil alih sebidang tanah yang bertempat di Pantai Timur Tsim Sha Tsui.Di situ,Robert Kuok telah membina hotel kedua beliau,iaitu Kowloon Shangri-La.Pada tahun 1983,beliau turut menubuhkan Hotel Shangri-La  di Hangzhou,China.Keputusan tersebut dibuat kerana Robert Kuok berpendapat bahawa industri pelancongan di China akan berkembang pesat pada masa akan datang.Seterusnya beliau telah membina sebanyak 72 buah Hotel Shangri-La di seluruh China.
Sehingga sekarang,Kumpulan Kuok bukan sahaja mempunyai pelaburan di China,ia juga melabur di kebanyakan negara  sepertu Singapore,Filipina,Thailand,Indonesia,Australia dan sebagainya.

Kenapa Memilih Robert Kuok Hock Nien?

Robert Kuok yang berusaha dan berpendapat bahawa pengetahuan itu penting untuk  berjaya  selaras dengan ciri-ciri keusahawanan yang patut dimiliki oleh seorang usahawan.Seorang usahawan itu perlulah gigih seperti Robert Kuok dan rajin untuk mengumpul maklumat,membuat penyiasatan terhadap produk dan sentiasa prihatin terhadap masalah pelanggan.

Selain itu,Robert Kuok juga bersedia untuk mengambil risiko dalam perniagaan.Dalam proses mengembangkan Kumpulan Kuok,Robert Kuok berani membeli gula yang banyak,walaupun tindakan beliau nyaris menyebabkan bankrap,namun beliau beliau masih mampu berdiri teguh dalam bidang perniagaan.

Di samping itu,Robert Kuok juga dapat melihat peluang perniagaan yang sedia ada.beliau membuat pelaburan dalam perniagaan gula kerana beliau berpendapat bahawa gula itu merupakan bahan keperluan asas dalam kehidupan harian dan perniagaan itu berpontensi untuk berkembang dalam era yang tidak mempunyai teknologi komputer itu.


Rencana yang Berkisar dengan Latar Belakang Robert Kuok Hock Nien.





Tan Sri Syed Mokhtar Shah Bin Syed Nor Al-Bukhary





Tan Sri Syed Mokhtar Shah Bin Syed Nor Al-Bukhary

Tan Sri Syed Mokhtar merupakan salah seorang ahli perniagaan dan jutawan Melayu yang terkaya di Malaysia.Beliau merupakan pengerusi Yayasan Albukhary dan juga terlibat dalam banyak industri seperti perladangan,pembinaan,infrastruktur dan pelabuhan.Beliau juga aktif dalam kerja amal dan kebajikan.

Latar Belakang Tan Sri Syed Mokhtar Shah Bin Syed Nor Al-Bukhary

Tan Sri Syed Mohktar dilahirkan di Alor Setar,Kedah pada tahun 1951.Bapa beliau Syed Nor AlBukhary manakala ibu beliau Sharifah Rokiah Syed Mohamed Rohamat berasal dari Hadharamaut,Yemen.Tan Sri Syed Mokhtar mempunyai 7 orang adik-beradik dan beliau merupakan anak ketiga dalam keluarga.

Semasa 9 tahun,Tan Sri Syed Mohktar dihantar tinggal bersama bapa saudara beliau di Johor Bahru ,selepas itu beliau kembali ke Kedah dan bersekolah di Sekolah Saint Michael’s.Disebabkan ketidakmampuan untuk membayar yuran peperiksaan,beliau tidak menduduki Peperiksaan SPM.

Bagaimana Tan Sri Syed Mokhtar Shah Bin Syed Nor Al-Bukhary Memulakan dan Membangunkan Perniagaan Beliau?

Disebabkan kemiskinan,Tan Sri Syed Mokhtar membantu ibu beliau menanam sayur-sayuran untuk menampung kos kehidupan.Beliau juga menjual roti canai dan membantu bapa beliau untuk menernak lembu dan kerbau,namun disebabkan masalah wabak kaki dan mulut ,beliau terpaksa meninggalkan bidang ternakan dan memulakan perniagaan sebagai pengusaha daging dan kerbau pada tahun1970.

Pada tahun 1972,Tan Sri Syed Mokhtar mendapat permit bagi 4 buah lori kelas A dan telah meminjam RM110,000 dari MARA untuk membeli 2 buah lori Mercedes.Selepas itu,beliau telah membuka Syarikat Pengangkutan Sentosa dan lori-lori tersebut digunakan untuk melakukan perniagaan beras.

Pada tahun 1974,Tan Sri Syed Mokhtar telah membel rumah kedai pertama di bawah perjanjian sewa beli dengan UDA.Pada tahun 1975 pula,beliau telah menubuhkan Syarikat Syah dan memohon lesen perdagangan beras daripada LPN yang kini dikenali sebagai BERNAS.Beliau telah berjaya mendapat kontrak yang membekalkan beras kepada FELDA,MARA SENAMA,PERNAS EDAR dan SERAGAM SDN BHD.

Selepas itu,Tan Sri Syed Mokhtar turut menubuhkan syarikat usahasama dengan 2 orang peniaga Cina dan dinamakan Bukhary Sdn Bhd.Syarikat tersebut bertujuan untuk memulakan perniagaan gula dan telah mencecah keuntungan sebanyak RM250 juta.

Pada tahun 1977,Bukhary (KL)`Sdn Bhd diberikan kontrak bagi membekalkan beras,teh,tepung coklat,tepung susu dan minyak sapi kepada kerajaan.Hal ini sekali lagi menolak Bukhary Sdn Bhd ke tahap yang lebih tinggi.
Seterusnya,Tan Sri Syed Mokhtar juga terlibat dalam bidang pengilangan kasut dan pakaian,pelabuhan,lebuh raya dan sebagainya.

Kenapa Memilih Tan Sri Syed Mokhtar Shah Bin Syed Nor Al-Bukhary?

Walaupun berasal dari keluarga yang miskin,Tan Sri Syed Mokhtar tidak berputus asa terhadap kehidupan beliau.beliau berusaha untuk membina perniagaan sendiri dan akhirnya beliau berjaya.Hal ini selaras dengan ciri-ciri yang patut dimiliki oleh seorang usahawan,iaiitu gigih,tekun dan tidak mudah berputus asa.

Selepas Tan Sri Syed Mokhtar berjaya,beliau  juga aktif dalam melibatkan diri dalam kerja amal dan kebajikan.Beliau telah mengasaskan Yayasan(Islam) Al Bukhary pada tahun 1996 untuk membina dan mengurus Muzium Kesenian Islam yang bernilai RM70juta di Kuala Lumpur.Beliau juga telah menjalankan pelbagai kerja amal dan kebajikan di sekitar Perak dan Kedah.Hal ini dapat membuktikan bahawa Tan Sri Syed Mokhtar merupakan seorang usahwan yang murah hati.Walaupun beliau telah berjaya,tetapi beliau tetap merendah diri dan tidak pernah lupa untuk menolong golongan yang memerlukan bantuan.


Rencana yang Berkisar dengan Latar Belakang Tan Sri Syed Mokhtar Shah Bin Syed Nor Al-Bukhary.



Tony Fernandes

Tan Sri Anthony Francis Fernandes CBE



Tan Sri Anthony Francis Fernandes CBE merupakan salah seorang usahawan yang berjaya di Malaysia.Beliau merupkan pengasas Tune Air Sdn Bhd yang memperkenalkan syarikat penerbangan tambang murah di Asia.

Latar Belakang Tan Sri Anthony Francis Fernandes CBE.

Tony Fernandes dilahirkan pada 30 Aprl 1964 di Kuala Lumpur.Bapa beliau,Dr Stephen Edward Fernandes merupakan seorang doktor manakala ibu beliau merupakan seorang peniaga Tupperware.
Pada umur 13 tahun,Tony Fernandes menerima pendidikan awal di Epsom College,United Kingdom dari tahun 1977 hingga tahun 1983.Selepas itu,beliau menuntut pengajian ijazah beliau di London School Of Economics dan menamat pengajian beliau pada tahun 1983.

Selepas tamat pengajian,beliau telah bekerja sebentar dengan Virgin Airlines sebagai juruaudit.Dari tahun 1987 hingga 1989,beliau bekerja sebagai pengawal kewangan Virgin Records,Syarikat Richard Branson di London.Tony Fernandes telah kembali ke Malaysia semasa beliau 27 tahun dan beliau memegang jawatan sebagai pengarah urusan yang paling muda di Warner Music Sdn Bhd.Pada tahun 1992 hingga 2001,beliau telah menjawat sebagai naib presiden wilayah Asia Tenggara Selatan bagi Kumpulan Warner Music.

Bagaimana Tan Sri Anthony Francis Fernandes Memulakan Perniagaan dan Membangunkan Perniagaan Beliau?

Pada tahun 2001,Tony Fernandes telah meninggalkan Kumpulan Warner Music demi mengejar impian beliau.Beliau telah meluahkan hasrat beliau untuk memulakan syarikat penerbangan tamang murah kepada sahabat beliau,iaitu Datuk Kamarudin Meranum yang merupakan kakitangan sebuah bank pelaburan.Datuk Kamarudin bersetuju dengan fikiran Tony Fernandes dan mereka berputus untuk bekerjasama.Mereka turut menjemput seorang lagi kawan mereka untuk meyertainya.

Seterusnya,Tony Fernandes telah memohon lesen syarikat penerbangan dengan pihak kerajaan Malaysia,namun permohonan tersebut ditolak.Walaupun demikian,Tony Fernandes tidak berputus asa,beliau telah bertemu dengan Tun Mahathir melalui Datuk Pahamin A.Rajah(bekas Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna).Tony Fernandes telah menyampaikan konsep perniagaan beliau kepada Tun Mahathir.Tun Mahathir telah menasihati Tony Fernandes untuk mengambil alih mana-mana syarikat penerbangan yang sedia ada kerana lesen syarikat penerbangan tidak lagi dikeluarkan.

Tony Fernandes telah menerima nasihat Tun Mahathir untuk mengambil alih Air Asia yang menghadapi masalah kewangan yang besar dengan harga RM1.Selepas itu,beliau telah membuat penyusunan semula organisasi Air Asia dengan imej dan konsep yang baru.Beliau juga melaksanakan sistem pengurusan kos yang efektif,iaitu strategi menurunkan kos permulaan perniagaan.Sebagai contoh,beliau telah mengurangkan kos operasi dan kos harian dengan membeli kapal terbang terpakai dan mengurangkan kos kapal mendarat.

Tony Fernandes telah mengambil langkah yang bijak dalam mengupah pekerja beliau.Hal ini dapat dilihat melalui beliau telah menawarkan pekerjaan kepada juruterbang yang dipecat akibat Peristiwa 11 September 2001.Tindakan ini membolehkan Air Asia mengurangkan kos penggajian juruterbang.Selain itu,Tony Fernandes juga telah mengurangkan kos penjualan tiket dengan menawarkan cara penjualan tiket melalui Internet secara atas talian.Strategi ini bukan sahaja dapat mengurangkan kos untuk membuka kaunter penjualan tiket,malah ia juga memudahkan orang ramai untuk membeli tiket penerbangan.

Akhirnya,Tony Fernandes berjaya melangsaikan hutang Air Asia sebanyak RM40 juta dalam masa 1 tahun.

Kenapa Memilih Tan Sri Anthony Francis Fernandes?

Melalui proses pembangunan Air Asia,kita dapat melihat bagaimana Tony Fernandes menyelesaikan masalah hutang Air Asia yang sebanyak RM40 juta dan cara beliau menolak Air Asia ke tahap yang lebih tinggi.

Di samping itu,kunci kejayaan Air Asia iaitu keistimewaan budaya dan kaedah pengurusan telah menarik perhatian dan memberi model pengajaran kepada orang ramai.Tony Fernandes telah berusaha untuk membina persekitaran kerja yang baik di mana semua ahli Air Asia(juga dikenali sebagai AllStar) dapat belajar dan mencapai impian mereka.Hal ini telah menyebabkan beliau dikagumi oleh semua ahli Air Asia dan sanggup berganding bahu bersama beliau.

Tony Fernandes juga mempunyai kesediaan untuk mengambil risiko yang boleh dikira.Hal ini dapat dilihat melalui tindakan beliau mengupah juruterbang yang dipecat .Walaupun perbuatan beliau ini tidak dipersetujui oleh orang ramai, dan Air Asia diramal tidak akan berjaya disebabkan Peristiwa 11September 2001,namun Tony Fernandes bertegas untuk berbuat demikian dan akhirnya beliau berjaya.

Selain itu,Tony Fernandes juga cekap dalam melihat dan mencari peluang.Hal ini kerana kebanyakan orang berpendapat bahawa hanya golongan berpendapatan tinggi sahaja yang dapat menikmati perkhidmatan kapal terbang,tetapi Tony Fernandes melihat perkara ini sebagai satu peluang,dan beliau menubuhkan perniagaan bajet syarikat penerbangan yang tidak pernah dilakukan oleh orang lain.Tony Fernandes bukan sahaja telah merealisasikan impian beliau.malah juga telah merealisasikan slogan’’setiap orang boleh terbang’’.


Rencana yang Berkisar dengan Latar Belakang Tan Sri Anthony Francis Fernandes